Click Me

Log masuk ke akaun anda


Sila Daftar (Register) untuk ahli baru

Daftar akaun baru

Tarikh Lahir
Jantina

Negara

Dengan mendaftar, anda bersetuju dengan Terma

Lupa password?

  Dasar Privasi

Privacy Policy

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.


Apabila anda ingin menggunakan servis TamanSyurga (TamanSyurga.com) dengan mendaftar dan mengisi maklumat asas peribadi, maklumat ini akan dikongsi bersama dengan ahli berdaftar yang lain untuk tujuan mengenali dan berhubung sesama ahli dengan cara yang benar dan sah. Disamping itu TamanSyurga juga dapat membantu dalam penyediaan servis yang lebih berkesan dan efektif. Namun TamanSyurga tidak akan sewenang-wenangnya menyalahgunakan maklumat peribadi ahli untuk tujuan yang lain.


Maklumat yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi yang dikumpul semasa anda melayari TamanSyurga, melainkan maklumat asas diri yang anda kongsi bersama di dalam ruangan 'Profail Diri' (My Profile) sahaja.

Maklumat asas diri yang diperlukan untuk menyertai portal TamanSyurga ini ada disenaraikan dalam Terma & Syarat, bawah tajuk Perkongsian Maklumat.

Walaubagaimanapun, maklumat tersebut adalah maklumat ASAS sahaja, kami TIDAK meminta MAKLUMAT SENSITIF anda seperti:


Pautan kepada Laman Web yang Lain

Portal TamanSyurga ini mungkin mempunyai pautan ke laman web luar, blog dan sosial media TamanSyurga sendiri. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk Portal TamanSyurga ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan Portal ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.


Iklan yang dipaparkan

Portal TamanSyurga ini juga mungkin mengandungi iklan-iklan yang dipaparkan sebagai menjana pendapatan portal TamanSyurga bagi menggantikan bayaran atau yuran yang tidak dikenakan kepada ahli. Iklan-iklan ini mungkin mengandungi pautan ke laman web luar. Perlu diingatkan juga bahawa iklan-iklan yang terdapat dalam TamanSyurga ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza mengikut pihak penyedia iklan tersebut, pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang menyediakan juga bahan-bahan iklan tersebut.

Pengguna AdBlock dan AdBlock Plus

Bagi pengguna Adblock & AdBlock Plus pada browser (sama ada Chrome, Firefox, Internet Explorer, Safari dan lain-lain), kami mohon kepada anda untuk 'Disable'kan AdBlock atau AdBlock Plus anda supaya iklan-iklan yang mungkin ada dalam portal ini dapat dipaparkan. Kerana kami menanggung kos server web portal ini dengan sokongan iklan (Ads) yang dipaparkan. AdBlock atau AdBlock Plus (dan yang seumpamanya) menghalang paparan iklan. Jadi diharapkan anda 'Disablekan'nya untuk portal TamanSyurga, bagi membolehkan ia membenarkan iklan dapat dipaparkan di portal ini, tidak disekat.

Iklan-iklan yang dipaparkan adalah 'iklan-iklan sihat' dari Iklan Google, dan mungkin juga iklan-iklan dari syarikat tempatan yang ditapis.

Cara untuk membenarkan iklan dipaparkan (sekiranya anda menggunakan AdBlock atau AdBlock Plus), sila ikuti panduan tutorial berikut, Ways To Disable AdBlock & AdBlock Plus.


Pindaan Dasar

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.


Kemaskini, Mac 2018




ADS