Click Me

Log masuk ke akaun anda


Sila Daftar (Register) untuk ahli baru

Daftar akaun baru

Tarikh Lahir
Jantina

Negara

Dengan mendaftar, anda bersetuju dengan Terma

Lupa password?

  Tentang Kami

About Us



Assalamualaikum.. Salam sejahtera & Selamat Datang ke TamanSyurga ☺

Pengenalan

TamanSyurga atau tamansyurga.com adalah sebuah portal ikhtiar mencari jodoh Muslim khasnya dan untuk semua golongan amnya, termasuk bukan Muslim, golongan muda, berusia, bujang, janda, duda atau pun suami yang ingin mencari isteri kedua, ketiga atau keempat atas sebab yang dipersetujui kedua belah pihak, isteri pertama dan bakal isteri kedua.

Tujuan - Mengatasi Masalah

Portal TamanSyurga ini dibina atas inisiatif kami sejak beberapa tahun lalu sebagai pencari jodoh (seperti anda). Kami telah survey beberapa portal cari jodoh lain yang semuanya mengenakan bayaran yuran keahlian yang agak tinggi, yuran mereka hanya untuk jangka masa yang singkat, seperti yuran sebulan, yuran 3 bulan, dan sebagainya. Ini bertentangan dengan kehendak para pencari jodoh umumnya.

Kebanyakan portal-portal jodoh lain yang ada di luar sana mereka SEKAT Ahli-ahlinya dari berhubung, bermesej dan tidak membenarkan mereka melihat senarai ahli lelaki / perempuan bakal jodoh mereka untuk berkenalan atas SEBAB Ahli tersebut Tidak Membayar Yuran Keahlian. Atas permasalahan inilah kebanyakan para pencari jodoh dari golongan pertengahan atau bawahan majoritinya tidak berkemampuan dan Tidak Bersetuju untuk dikenakan Bayaran atas sebab untuk berkenalan dan berhubung hanya untuk berkenalan dan bertemu jodoh.

Portal Lain Mengaut Keuntungan

Portal-portal jodoh yang mengenakan bayaran itu sebenarnya mereka mengaut keuntungan hingga mencecah ratusan ribu ringgit, berdasarkan jumlah statistik keahlian berbayar (ahli premium) mereka. Contoh, seandainya mereka memiliki 2,000 orang ahli, setiap ahli berbayar dikenakan RM50 maka mereka telah mengumpul RM100,000. Ini belum dikira ahli 'renew' yuran lagi setiap beberapa bulan atau setiap tahun, belum kira ahli berbayar yang lebih ramai lagi hingga puluhan ribu ahli, maka tidak hairan bila dikatakan mereka mampu menjana hingga jutaan ringgit. Dalam masa yang sama mereka mengatakan mereka melakukan amal jariah, membantu 'mendirikan masjid' untuk pasangan pencari jodoh, kononnya. Apa pun itu adalah hak anda sebagai pengguna memilih.

Selain dari itu terdapat juga beberapa grup facebook yang dibuat untuk tujuan mencari jodoh secara percuma dan terbuka dalam grup, namun kami amati cara demikian tidak sesuai bila akaun facebook seseorang dikongsi (share) secara umum sebagai cara untuk berkenalan. Awas bahaya bila sosial media peribadi kita dikongsi (share) secara terbuka dengan semua ahli grup.

Matlamat - Memudah Cara

Maka atas sebab inilah kami sebagai pencari jodoh (seperti anda), atau bekas pencari jodoh, cukup memahami keperluan dan permasalahan ahli di mana-mana portal jodoh dan kami cuba mengatasi masalah tersebut serta mempermudahkan urusan anda mencari jodoh di TamanSyurga ini.

Kami berusaha untuk menyediakan sebuah platform baru untuk anda menggunakannya secara Selamat & PERCUMA Sepenuhnya, tanpa sebarang bayaran atau yuran di TamanSyurga. Kami di TamanSyurga juga tidak berkongsi maklumat sensitif anda, seperti No. Telefon, alamat serta sosial media, supaya maklumat ahli di sini lebih terpelihara. Dengan inisiatif inilah maka terbinanya Portal TamanSyurga, khusus buat semua para pencari jodoh, dari kami juga golongan pencari jodoh seperti anda.

Dengan itu kami memperkenalkan TamanSyurga untuk anda semua..

Daftar   →   Login   →   Lengkapkan info diri  &  Upload Foto anda

Kemudian lihatlah dalam Senarai Ahli (Lelaki / Perempuan) bakal Teman Syurga anda. Harapan kami semoga anda dipermudahkan bertemu dengan pasangan Teman Syurga anda di sini, insyaAllah bila jodoh kita telah ditentukan Allah, pasti itulah jodoh kita, kerana ada antara kami yang telah bertemu jodoh melaluinya, wassalam ☺


TamanSyurga - 'dari Teman Syurga untuk Teman Syurga'





ADS