Click Me

Log masuk ke akaun anda


Sila Daftar (Register) untuk ahli baru

Daftar akaun baru

Tarikh Lahir
Jantina

Negara

Dengan mendaftar, anda bersetuju dengan Terma

Lupa password?

  Terma & Syarat

Terms & Conditions

Pendahuluan

TamanSyurga atau tamansyurga.com menyediakan perkhidmatan untuk mencari pasangan hidup secara percuma sepenuhnya untuk para pencari jodoh mendaftar menjadi ahli bagi membolehkan ahli-ahlinya melihat, berkenalan (dengan bakal pasangan), berhubung dan merancang bertemu jodoh dengan pernikahan atau perkahwinan yang sah.

Oleh yang demikian, berikut adalah Terma dan Syarat-syarat penggunaan portal TamanSyurga ini serta hak dan kewajipan anda sebagai Ahli berdaftar, semasa mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan di portal atau laman web ini.

Sekiranya anda mengakses portal ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada terma dan syarat-syarat am ini atau syarat-syarat khusus yang ditetapkan oleh TamanSyurga jika berkaitan, dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pengguna, sama ada Ahli berdaftar dengan portal ini dan/atau pengguna bukan Ahli berdaftar, yang sekadar melawat serta melihat tanpa mendaftar di portal ini, dengan pihak TamanSyurga sebagai penyedia perkhidmatan portal ini bagi akses secara 'Log Masuk' (Login) dan/atau penggunaan portal ini tanpa (daftar) 'Log Masuk'.

Penggunaan dan/atau akses anda, sama ada sebagai Ahli berdaftar atau bukan ahli berdaftar dengan perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan terma dan syarat-syarat ini.


Had Tanggungjawab

Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa TamanSyurga tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerosakan dan/atau kerugian, dalam apa juga bentuk secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan dengan kepenggunaan portal TamanSyurga ini yang berkemungkinan akibat daripada:

  1. Penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini secara benar atau salah guna, secara sengaja atau tidak sengaja;
  2. Perkongsian maklumat atau data dalam bentuk media teks dan/atau imej yang diterima sebagai syarat menggunakan portal ini atau daripada laman web berkaitan;
  3. Akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;
  4. Kenyataan atau tindakan pihak ketiga yang mungkin terdapat di portal ini;
  5. Kelemahan yang mungkin terdapat pada sistem portal ini yang masih terdapat keperluan untuk dikemaskini dari semasa ke semasa;
  6. Perkara-perkara lain yang mungkin berkaitan dengan portal ini.


Perkongsian Maklumat

Anda memahami dengan jelas tujuan untuk menyertai dan mendaftar sebagai ahli TamanSyurga dengan memberikan butiran asas maklumat diri anda dan bersetuju untuk berkongsi maklumat asas diri anda tersebut dengan ahli-ahli lain. Bagaimanapun pihak TamanSyurga TIDAK meminta anda berkongsi maklumat sulit, seperti alamat rumah, pejabat, nombor telefon, emel, atau pun maklumat akaun bank, tiada. Maklumat asas yang diperlukan sebagai ahli berdaftar TamanSyurga adalah seperti berikut;

Kami tidak akan mendedahkan dan/atau memberi maklumat Emel serta Tarikh Lahir anda di dalam portal ini atau ke mana-mana pihak ketiga. Emel anda adalah untuk tujuan Log Masuk (Login) sahaja, dan Tarikh Lahir anda diperlukan ketika proses pendaftaran hanyalah sebagai perkiraan umur anda sahaja dalam portal ini secara automatik mengikut masa.

Ahli berdaftar dilarang memuatnaik (upload) foto diri yang tidak sopan dan tidak menutup aurat secara sempurna. TamanSyurga cuba untuk memenuhi tuntutan Syariat Islam sebagai tanda aras (benchmark) dalam iktiar menemukan jodoh bagi bakal-bakal 'Teman Syurga' masing-masing. Oleh itu adalah menjadi kewajipan setaip ahli berdaftar untuk memelihara aurat diri sendiri dan tata susila perhubungan sesama ahli. TamanSyurga tidak akan bertanggungjawab dunia & akhirat atas sikap ahli yang ingkar terma & syarat ini.

Kami juga mengingatkan setiap ahli berdaftar agar berhati-hati bila berhubung atau bermesej dengan ahli lain supaya TIDAK MUDAH berkongsi maklumat sulit seperti nombor Telefon (Whatsapp, Telegram, Wechat, dan lain-lain), alamat rumah, tempat kerja, maklumat sosial media, emel dan lain-lain berkaitan.

Sekiranya anda tidak bersetuju dengan mana-mana maklumat berkaitan di atas, maka kami tidak galakkan anda menyertai Portal TamanSyurga. Sekiranya maklumat yang anda kongsikan telah berlaku perubahan dari semasa kesemasa, anda boleh kemaskininya (update) bila-bila masa dalam ruangan Profail Diri anda.


Perkenalan & Perhubungan Antara Ahli

Setiap Ahli berdaftar mestilah berkomunikasi secara berhemah dengan mana-mana ahli yang disukainya dari ahli yang berlawanan jantina, iaitu Ahli Lelaki mendaftar dan Log Masuk (Login), akan berkenalan dan berhubung dengan Ahli Perempuan, dan begitu juga sebaliknya bagi Ahli Perempuan. Ahli Lelaki tidak boleh (disekat) dari berkenalan dan berhubung sesama Ahli Lelaki atau sesama jantina. Begitu juga sebaliknya bagi Ahli Perempuan tidak boleh berkenalan dan/atau berhubung dengan sesama Ahli Perempuan atau sesama jantina. Hubungan mestilah berlawanan jantina secara fitrah manusia menurut Syariat Islam. Tidak dibenarkan mana-mana Ahli berdaftar dengan TamanSyurga mengamalkan hubungan sesama jenis di portal TamanSyurga ini. Sekiranya didapati ada Ahli berdaftar yang melanggar syarat ini, maka tindakan tatatertib akan dikenakan ke atas Ahli tersebut.


Komunikasi & Berhubung

TamanSyurga berhak berkomunikasi dengan mana-mana Ahli berdaftar sama ada melalui portal ini atau melalui emel terus kepada Ahli-ahli berdaftar yang dirasakan perlu bagi pihak TamanSyurga atas perkara tertentu. Komunikasi ini boleh jadi dalam bentuk teguran atau amaran kepada mana-mana Ahli berdaftar yang disyakki cuba mengganggu mana-mana Ahli berdaftar lain sama ada dalam bentuk komunikasi 'Mesej' (Chat) atau lainnya. Sekiranya ada mana-mana Ahli berdaftar yang mengadu kepada pihak TamanSyurga akan gangguan dari ahli yang tertentu, maka pihak TamanSyurga berhak menghubungi ahli tersebut untuk menasihati, atau memberi amaran kepadanya, atau terus menggantung keahliannya, atau menamatkan terus keahliannya (tanpa notis).

TamanSyurga juga berhak untuk menyemak mesej ahli-ahli yang dirasakan berkemungkinan mengandungi bahaya sama ada berbentuk ancaman, hasutan, kecaman, berbaur kebencian, perkauman, dan lain-lain yang sepertinya. Sekiranya terdapat mesej-mesej sedemikian, pihak

TamanSyurga tidak akan teragak-agak untuk melakukan tindakan yang perlu dirasakan sesuai dengan bentuk bahaya tersebut.


Penamatan & Penggantungan Keahlian (Tindakan Tatatertib)

TamanSyurga boleh atas kehendaknya untuk menegur, menasihati, memberi amaran, atau menggantung keahlian, atau memadamkan (delete) terus keahlian mana-mana ahli yang tidak mematuhi syarat-syarat di atas.

TamanSyurga boleh menamatkan keahlian berdaftar mana-mana Ahli berdaftar serta akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuatkuasa serta-merta. TamanSyurga boleh juga menamatkan atau menggantung keahlian mana-mana Ahli berdaftar yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan laman web menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu. Anda bersetuju bahawa TamanSyurga tidak bertanggungjawab kepada anda sebagai Ahli berdaftar atau tidak berdaftar, atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.


Pautan (Links)

TamanSyurga boleh menyediakan 'pautan keluar' (outbound links) kepada laman web yang lain. Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga, oleh itu TamanSyurga tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa TamanSyurga tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, sama ada teks, imej, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa TamanSyurga tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman atau sumber luar tersebut.


Perubahan Terma & Syarat-Syarat Perkhidmatan

TamanSyurga mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada Terma dan Syarat-syarat ini pada bila-bila masa sama ada dengan atau tanpa memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan laman web atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana TamanSyurga mendapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini, ia akan berbuat demikian tanpa notis terdahulu kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti Terma dan Syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini.

Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan Terma dan Syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada Terma dan Syarat-syarat ini.


Pengubahsuaian kepada Perkhidmatan

TamanSyurga mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan, atau sebahagian daripada perkhidmatan serta fungsi, sedia ada sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa TamanSyurga tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya atau sebahagian fungsinya.


Lain-lain Yang Berkaitan

Terma dan Syarat-syarat ini hendaklah dibaca bersama dengan Dasar Privasi (Privacy Policy), Soalan Lazim (FAQ) dan lain-lain syarat yang mungkin dinyatakan sama ada secara khusus atau umum. Sekiranya ada antara Dasar Privasi, Soalan Lazim (FAQ) dan lain-lain syarat sama ada secara khusus atau umum yang tidak konsisten atau bercanggahan dengan Terma dan Syarat-syarat ini, anda bersetuju bahawa TamanSyurga berkuasa menerima pakai Terma dan Syarat-syarat sama ada secara khusus atau umum mengikut kehendak TamanSyurga.

Sekiranya mana-mana peruntukan Terma atau Syarat-syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan syarat-syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan syarat-syarat ini bersama-sama peruntukan lain akan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau yang tidak sah.


Kemaskini terakhir, Mac 2018.




ADVERTISEMENT